Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tabung Bencana Negeri Sarawak terima sumbangan
  • TEMPATAN

Tabung Bencana Negeri Sarawak terima sumbangan

Utusan Sarawak 4 years ago
PENYERAHAN… Datuk Julahi Narawi menyerahkan simbolik cek kepada Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarawak bertempat di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Kunjungan diketuai oleh Presidennya, Datuk Julaihi Narawi beserta rombongannya turut menyerahkan cek berjumlah RM71, 400 sebagai sumbangan kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak bagi menangani masalah pandemik Covid-19.

Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan daripada Ahli-Ahli Alumni Persatuan UKM Sarawak dan kemudian diserahkan kepada Ketua Menteri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook Datuk Julaihi semalam, beliau menzahirkan penghargaan kepada kesemua penderma yang membantu melancarkan kutipan derma bagi membantu Kerajaan Sarawak tersebut.

Katanya, meskipun jumlah dana yang diberikan tidak seberapa, beliau berharap agar ia dapat membantu mengurangkan beban kerajaan negeri menangani masalah Covid-19 di Sarawak.

“Sumbangan ini merupakan tanggungjawab dan komitmen kami ahli-ahli alumni untuk sama-sama menghulurkan bantuan sedaya yang termampu kami hulurkan,” katanya.

Continue Reading

Previous: BERHEMAH MENYUKAT TANAH
Next: Operasi Semut Di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.