Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tabika KEMAS Sungai Maong dinyahcemar
  • TEMPATAN

Tabika KEMAS Sungai Maong dinyahcemar

Utusan Sarawak 5 years ago
KERJA KERAS… Anggota Bomba menjalankan proses sanitasi di Tabika KEMAS Sungai Maong,Jalan Kanowit-Durin, semalam.

KANOWIT:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah menjalankan proses nyahcemar di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS Sungai Maong, Jalan Kanowit-Durin, semalam.

Proses sanitasi tersebut telah dilaksanakan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit.

Pemaju Masyarakat, Jane Lengat dan Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela, Tiara Joan melahirkan perasaan gembira dan lega kerana Tabika tersebut telah disanitasi sebelum bermulanya persekolahan.

“Kami berterima kasih di atas usaha murni ini,” ujar Jane.

Tabika KEMAS tersebut mempunyai seramai sembilan kanak-kanak terletak di kawasan Rumah Panjang Maling Nyapang.

Katanya, semua kanak-kanak di Tabika tersebut adalah dari penduduk rumah panjang di sekitar kawasan Sungai Maong.

“Seramai lima kanak-kanak dari Rumah Besi, dua dari Rumah Muling dan masing-masing seorang dari Rumah Bosco dan Rumah Ingkok,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Maong, Henry Jugah turut mengucapkan terima kasih kepada anggota Bomba kanowit dan guru Tabika KEMAS Sungai Maong atas keprihatian terhadap kesihatan dan keselamatan kanak-kanak di Tabika tersebut.

Continue Reading

Previous: Pos Sempadan Merapok sesak
Next: 30,000 penduduk terima khidmat Bomba Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.