Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ta Ann Group of Companies dan Naim Group of Companies sumbang dana untuk JPBN Sarawak
  • TEMPATAN

Ta Ann Group of Companies dan Naim Group of Companies sumbang dana untuk JPBN Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerima sejumlah RM10.91 juta sumbangan daripada pelbagai syarikat korporat semalam.

Sesi penyumbangan sumbangan berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di sini dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili JPBN Sarawak dan Kerajaan Sarawak menerima sumbangan tersebut.

Ta Ann Group of Companies dan Naim Group of Companies telah menyumbangkan jumlah terbesar dengan sejumlah RM3.5juta disampaikan oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Amar Abdul Hamid Sepawi.

Yayasan Sarawak menyumbangkan RM3 juta dan disampaikan oleh Pengarahnya Azmi Bujang, Solid Oil Plantations Sdn Bhd (RM2 juta), Weida Group of Companies (RM1.3 juta), Cahaya Mata Sarawak (RM1 Juta) dan Sarawak Chamber of Commerce and Industry (RM110 ribu).

Sementara itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak menerima RM300 ribu sumbangan dengan masing-masing RM50 ribu untuk Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Perbandaran Padawan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Majlis Perbandaran Miri dan Majlis Perbandaran Sibu.

Continue Reading

Previous: 608 KIR di Undop, Batu Lintang terima bantuan
Next: TUDM laksanakan misi hantar bekalan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.