Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir Terbuka Artik
  • SUKAN

Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir Terbuka Artik

Utusan Sarawak 7 months ago

Sze Fei-Nur Izzuddin dalam usaha melangkah ke perlawanan terakhir buat kali ketiga tahun ini.

KUALA LUMPUR: Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024, hari ini.

Dalam saingan suku akhir di Energia Areena, Vantaa, Finland, Sze Fei-Nur Izzuddin diheret beraksi hingga set penentuan sebelum berjaya mengetepikan gandingan Indonesia Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 23-21, 19-21, 22-20 dalam pertarungan penuh mendebarkan.

Pasangan profesional negara itu akan berdepan pemenang satu lagi aksi suku akhir antara rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dengan pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam pemburuan slot final.

Turut melangkah ke separuh akhir, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon lai Jemie selepas menewaskan rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-19, 21-15.

Soon Huat-Shevon Lai akan berdepan sama ada Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia atau wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin yang bertemu dalam satu lagi aksi suku akhir.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: KBS salur RM4.6 juta kepada 10 negeri naik taraf padang bola
Next: Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.