Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sze Fei-Izzuddin mara ke separuh akhir Terbuka Thailand
  • SUKAN

Sze Fei-Izzuddin mara ke separuh akhir Terbuka Thailand

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMAIN lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menentang beregu Denmark Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Stadium Axiata Arena

BANGKOK: Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa bekerja keras sebelum melangkah ke separuh akhir Terbuka Thailand 2026 selepas menewaskan pasangan berkembar Scotland Christopher-Matthew Grimley di Stadium Nimibutr, di sini hari ini.

Pada aksi suku akhir, pasangan pilihan ketiga yang menghuni ranking dunia kesembilan itu dikejutkan apabila tewas 19-21 pada set pertama. Bagaimanapun, mereka bangkit dengan permainan lebih bertenaga untuk memenangi set kedua 21-15 dalam perlawanan yang sengit.

Pada set penentuan, Sze Fei-Izzuddin terus menguasai permainan sejak awal sebelum menoktahkan kemenangan meyakinkan 21-8 dalam aksi yang berlangsung selama 50 minit.

“Lawan kami bermain dengan sangat baik hari ini dan memberikan cabaran sehingga ke penghujung. Kami akan melakukan yang terbaik untuk aksi separuh akhir esok,” kata Sze Fei kepada Bernama.

Pasangan negara yang menjuarai Masters Indonesia awal tahun ini dijadualkan berdepan pilihan utama dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, yang juga ranking keempat dunia, dalam aksi separuh akhir esok.

Sze Fei berkata mereka akan meneliti corak permainan beregu India itu serta berbincang strategi bersama jurulatih sebelum pertembungan tersebut.

“Kami akan menganalisis permainan mereka dan menyediakan strategi terbaik untuk esok. Kami berharap dapat menampilkan aksi terbaik dan meraih kemenangan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Letshanaa tekad manfaat pengalaman Piala Uber di Masters Malaysia
Next: Lukaku tersenarai dalam skuad Piala Dunia Belgium meskipun dibelenggu kecederaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.