Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia 
  • KEMALANGAN

Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia 

Utusan Sarawak 7 months ago

Syed Saddiq dibantu selepas basikal dinaiki terbalik sebaik terlanggar dahan pokok tumbang ketika beraksi dalam acara berbasikal sempena Ironman Malaysia di Langkawi. - Foto tular

LANGKAWI: Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalami kecederaan selepas basikal ditunggangnya dipercayai terlanggar dahan pokok tumbang semasa menyertai Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi yang sedang berlangsung hari ini.

Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan setakat ini Syed Saddiq sedang berkayuh ke ‘titik semak’ akhir untuk acara seterusnya iaitu larian.

Pada Khamis lepas, Syed Saddiq berkata kepada Bernama, ini adalah penyertaan sulungnya dalam Ironman Malaysia dan berazam untuk melakukan catatan masa yang baik untuk dirinya.

Dalam kejohanan ini, beliau perlu menghabiskan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan larian 42.2km sehingga malam ini. – BERNAMA.

Continue Reading

Previous: Penghawa dingin syarikat minyak di Lutong terbakar
Next: Dua wanita cedera kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.