Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Syawal peluang eratkan silaturahim, semai keikhlasan
  • TEMPATAN

Syawal peluang eratkan silaturahim, semai keikhlasan

Utusan Sarawak 1 month ago
SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN… Ucapan Hari Raya Aidilfitri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

KUCHING: Sempena ketibaan Syawal yang penuh keberkatan, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Sarawak.

Tun Pehin Sri Wan Junaidi menyeru agar Aidilfitri diraikan dengan penuh kesyukuran, bukan sekadar sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa, tetapi juga sebagai kesempatan memperkukuh silaturahim, menyuburkan kasih sayang dan menyemai keikhlasan dalam memberi serta menerima kemaafan.

“Syawal mengajar kita untuk membuka hati, merangkul kemaafan dan mempererat persaudaraan. 

“Raikan dengan kesederhanaan, keikhlasan dan saling menghargai,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan agar sentiasa mengutamakan keselamatan walau dalam kemeriahan lebaran.

“Kepada yang dalam perjalanan pulang ke kampung atau menziarahi keluarga, patuhi peraturan jalan raya, bersikap bertimbang rasa sesama pengguna jalan dan utamakan keselamatan diri serta insan tersayang,” tambah beliau.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PCDS 2030 tunjang Sarawak jadi kuasa ekonomi besar
Next: Perpaduan, kebersamaan semarak Aidilfitri di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.