Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Syawal di penghujung, warga Wisma Persekutuan Marudi raikan ramah tamah Aidilfitri
  • Utara
  • WILAYAH

Syawal di penghujung, warga Wisma Persekutuan Marudi raikan ramah tamah Aidilfitri

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SALAM AIDILFITRI… Warga Bangunan Guna Sama Persekutuan Marudi bergambar kenangan sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Marudi.

MARUDI: Walaupun Syawal sudah di penghujungnya, kemeriahannya masih dirasai apabila warga Bangunan Guna Sama Persekutuan Marudi menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, petang tadi.

Majlis tahunan itu diselaraskan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Penyelenggaraan Bangunan Guna Sama Persekutuan Marudi, yang dianggotai pelbagai jabatan di Wisma Persekutuan Marudi.

Berucap pada majlis berkenaan, Pengerusi jawatankuasa tersebut yang juga Pegawai Penerangan Marudi, Siti Mariam Mahdar, berkata seramai 35 penjawat awam dari pelbagai jabatan menyertai majlis itu. Mereka terdiri daripada Jabatan Penerangan, Jabatan Tenaga Kerja, KEMAS, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan RELA.

“Turut serta ialah lapan anggota pasukan Ambang Wira dan empat kakitangan bahagian keselamatan, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 47 orang,” katanya.

Beliau menambah, penganjuran majlis ini mencerminkan semangat kerjasama dan komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Siti Mariam turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Ambang Wira atas sumbangan dan sokongan berterusan mereka terhadap program-program di Wisma Persekutuan Marudi.

Majlis berkenaan juga turut meraikan dua individu istimewa – Idi Bujang dari Jabatan Penerangan yang bersara wajib berkuat kuasa semalam, serta Mohd Zakrie Zaini dari Ambang Wira yang akan berpindah tugas ke Lawas bermula 1 Mei ini setelah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Bangunan Persekutuan Lawas.

Majlis Ramah Tamah itu berlangsung di Bilik Mesyuarat Guna Sama, Wisma Persekutuan Marudi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM12 juta naik taraf jalan ladang, bina jambatan di DUN Saribas
Next: PPWS perkasa golongan wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.