Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus
  • GLOBAL

Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

Utusan Sarawak 1 year ago

TOKYO: Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas bahagian tubuh tikus ditemukan dalam dua paket yang dihasilkan pada barisan pengeluaran yang sama.

Penarikan balik roti itu melibatkan Chojuku Yamagata 5 keping dan Chojuku Yamagata 6 keping yang dihasilkan di Kilang Pasco Tokyo Tama dengan tarikh luput antara 7 dan 11 Mei,  lapor agensi berita Xinhua memetik pembuat roti yang berpusat di Nagoya itu.

Menurut syarikat itu, langkah penarikan semula produk diambil selepas dua pelanggan melaporkan pada Ahad bahawa objek menyerupai haiwan kecil ditemukan dalam paket roti keping, yang kemudian disahkan sebagai bahagian tubuh tikus.

Tiada ancaman kesihatan dilaporkan setakat ini. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: RSAF gantung latihan F-16 selepas insiden jet terhempas
Next: Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.