Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Switzerland berhasrat tingkat kerjasama dengan Sarawak
  • SEMASA

Switzerland berhasrat tingkat kerjasama dengan Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
MOSER (kiri) mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, Kuching. Turut hadir, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Fenny Nuli (kanan).

PETRA JAYA: Switzerland berhasrat mengeratkan lagi hubungannya dengan Sarawak, dengan memberi tumpuan kepada peluang-peluang pelaburan di samping memupuk kerjasama dalam bidang keselamatan, keamanan dan penglibatan pelbagai hala.

Duta Besar Switzerland ke Malaysia Chantal Moser, berkata perkara-perkara penting itu dibincangkan semasa kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

“Saya sangat berminat untuk memahami visi Sarawak dan keseluruhan perjalanan Malaysia dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya. 

“Melihat kepada Sarawak, ia memberikan perspektif baharu tentang potensi yang ada di rantau ini,” katanya dan menambah bahawa ini merupakan lawatan pertamanya ke Sarawak sejak memulakan misinya di Malaysia pada 1 Januari lepas.

Beliau berkata Sarawak dan Switzerland telah terlibat dalam beberapa pelaburan selama ini, dan Switzerland amat berminat untuk mengembangkan lagi kerjasama tersebut.

“Saya masih ada beberapa mesyuarat penting hari ini dan esok untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai projek yang sedang dijalankan di Sarawak,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Fadillah: Pengorbanan anggota polis harus disyukuri, dihargai
Next: Projek Jalan Rambai Bulau RM57 juta dijangka siap Februari 2028

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.