Fadillah: Pengorbanan anggota polis harus disyukuri, dihargai

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Semangat dedikasi dan pengorbanan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bukan sahaja rela berkhidmat sepanjang masa, tetapi sentiasa bersedia berkorban nyawa demi rakyat serta negara tercinta, harus disyukuri dan dihargai.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata tiada harta di dunia ini yang dapat membalas jasa dan pengorbanan semua anggota keselamatan negara.

“Semoga setiap titis keringat yang ditabur mendapat ganjaran kebaikan dan dikurniakan kerahmatan,” kata Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi hantaran di Facebook.

Sempena Hari Polis ke-218 yang disambut hari ini, Fadillah berkata tema ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ adalah slogan keramat yang dipegang seluruh pegawai dan anggota PDRM dalam memberi perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta keamanan negara. 

“Terima kasih wira dan wirawati negara. Jasa kalian semua hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Selamat Menyambut Hari Polis ke-218,” katanya. – Bernama

IPU Serian meningkat, Lundu catat 285

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak terus meningkat setakat 4.00 petang hari ini berbanding 12.00 tengah