KUCHING: Seorang mangsa yang mendakwa bahawa dia diserang menjadi suspek bunuh dan ditangkap apabila penyerangnya, Mohd Alias bin Abdullah, 57 tahun yang menyerang dengan parang meninggal dunia pada malam Rabu.
Kejadian ini yang berlaku kira-kira 7.00 malam di kebun yang terletak di Taman Sri Permai Landeh apabila Alias yang berasal dari Kampung Tabuan Lot, Sungai Apong menetak suspek, seorang pemandu bas ekspres yang berumur 54 tahun di bahagian kiri bahu dan kepalanya dengan parang.
Suspek dibawa terus ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh jiran apabila dia pulang ke rumah dalam keadaan berdarah.
Menurut suspek, Alias pada mulanya mencekik dan kemudian menetaknya sebelum dia membalas serangan tersebut.
Polis yang tiba di tempat kejadian merampas satu rantai emas dan sepasang kasut getah milik suspek.
Turut dirampas adalah parang dari rumah suspek yang didakwanya milik Alias yang digunakan untuk menetaknya.
Motif serangan masih tidak diketahui dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Oleh Connie Chieng