Maria Rasid Ketua JSJK Sarawak baharu

Facebook
WhatsApp
SERAH TUGAS… Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah (kiri) menyerahkan tugas kepada Superintenden Maria Rasid (kanan) dalam majlis serah tugas bertempat di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak, semalam.

KUCHING: Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (KJSJK) Sarawak, Superintenden (Supt) Maria Rasid dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Komersil Sarawak (JSJK) Sarawak.

Beliau menggantikan Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah yang telah menjawat jawatan Ketua JSJK lebih dari tiga tahun dan berakhir semalam.

Mustafa akan menjawat jawatan di Kontinjen Pulau Pinang sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dengan berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).

Majlis Serah Terima Tugas telah berlangsung semalam disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi Ismail bertempat di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak disini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak CP Dato’ Aidi Ismail dalam ucapannnya turut memuji atas komitmen dan pencapaian Mustafa sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut.

Antara kejayaan JSJK Sarawak dibawah Mustafa adalah mencapai kadar pertuduhan tertinggi selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2018 dan 2019.

Aidi turut melahirkan rasa keyakinan beliau di atas kepimpinan yang bakal ditunjukkan Maria selepas ini.

Oleh Zarina Abdullah

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus