Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Surirumah rugi lebih RM108,000 akibat terpedaya iklan jualan kereta palsu di Facebook
  • JENAYAH

Surirumah rugi lebih RM108,000 akibat terpedaya iklan jualan kereta palsu di Facebook

Utusan Sarawak 3 weeks ago

SIBU: Hasrat seorang surirumah untuk memiliki kenderaan pacuan empat roda tidak kesampaian selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian, mengakibatkan kerugian melebihi RM108,000.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu semalam, membabitkan mangsa seorang wanita berusia lingkungan 30-an.

Menurutnya, kejadian bermula pada 26 Mac lalu apabila mangsa tertarik dengan satu iklan di laman sosial Facebook yang menawarkan jualan kenderaan.

Mangsa kemudian bersetuju untuk membeli sebuah Toyota Hilux Vigo pada harga RM29,600.

“Mangsa telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek memaklumkan bahawa untuk mempercepatkan proses pembelian, mangsa perlu membuat beberapa bayaran termasuk bayaran pendahuluan, yuran mahkamah serta cukai, ke dalam akaun bank yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya lagi, pada 27 Mac, mangsa telah membuat sebanyak 32 transaksi pindahan wang ke dalam 10 akaun bank tempatan yang berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan RM108,040.

“Setelah semua bayaran dibuat, suspek mula memberikan pelbagai alasan berhubung penghantaran kenderaan tersebut. Mangsa mula berasa curiga sebelum menyedari dirinya telah diperdaya dan membuat laporan polis,” katanya.

Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran dalam talian yang mencurigakan.

“Pastikan sebarang urus niaga pembelian dibuat menerusi platform yang sah dan dipercayai, serta elakkan membuat bayaran ke akaun bank individu yang tidak dikenali atau berbeza daripada nama penjual,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Enam kru ditahan, kapal tunda gagal serah dokumen sah
Next: Lima lelaki ditahan disyaki pecah masuk gereja di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.