Lima lelaki ditahan disyaki pecah masuk gereja di Miri

Facebook
WhatsApp
DITAHAN…Antara suspek ditahan polis kerana disyaki memecah masuk sebuah gereja di Miri. Foto IPD Miri.

MIRI: Lima lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah gereja di sini, ditahan polis hari ini.

Tangkapan dibuat dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Taman Tunku Miri dan Bekenu.

Kejadian pecah masuk yang dilaporkan berlaku pada Mac lalu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Dalam operasi tersebut, pihak polis berjaya menemukan beberapa barangan curi termasuk sejumlah alat muzik.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis saloon yang dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut.

Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk.
Oleh Liong Chai Ling

Tiga wanita cuba curi kabel SEB ditahan

MIRI: Cubaan tiga wanita mencuri kabel milik Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis berhampiran Balai Bomba

Gakpo tarik diri daripada skuad Belanda

LONDON, United Kingdom: Cody Gakpo menarik diri daripada skuad Belanda akibat kecederaan buku lali, sekali gus menambah masalah kecederaan yang