Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Surau baharu untuk masyarakat Islam Darul Hana
  • TEMPATAN

Surau baharu untuk masyarakat Islam Darul Hana

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUN PADANG… Dr Abdul Rahman melihat sendiri arah kiblat pada Majlis Penentuan Arah Kiblat Surau Darul Hana semalam.

KUCHING: Kemudahan untuk masyarakat Islam di Projek Pembangunan Darul Hana terus dipertingkatkan dengan pembinaan surau baharu.

Ia dikenali sebagai Surau Darul Hana, rumah ibadat yang dibina dengan kos RM4.3 juta itu mampu memuatkan 460 jemaah dalam satu-satu masa.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi , projek tersebut bermula sejak awal Ogos tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan.

Menurutnya, surau tersebut mempunyai kemudahan lengkap seperti dewan sembahyang, pejabat, tandas, tapak untuk ibadah korban dan landskap menarik.

“Surau yang dibina di atas tanah seluas dua ekar ini sudah pasti menjadi tumpuan masyarakat Islam yang berpindah ke kawasan pembangunan baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penentuan Arah Kiblat Surau Darul Hana semalam.

Dr. Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (menjelaskan), pembangunan surau tersebut juga akan menjadi alternatif kepada masyarakat selain Masjid Darul Hana untuk menunaikan Solat Fardhu.

“Rekaan surau ini amat menarik kerana menampilkan kesenian Islam.

“Ia sudah pasti akan menjadi tujuan masyarakat yang menetap di kawasan ini nanti,” ujarnya.

Menurutnya lagi, selain Masjid Darul Hana dan surau tersebut, kawasan pembangunan Darul Hana turut dibangunkan dengan Taman Islam.

“Dengan adanya surau ini, kita dapat bersama-sama menyebarkan syiar Islam dan menambah lokasi untuk majlis ilmu serta keagamaan,” jelasnya.

Turut hadir, Pengurus Besar LCDA Monalisa Zaidel dan Pegawai Khas Pembangunan Darul Hana, Mohd. Yakup Kari.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Lapan dicaj dari HUS
Next: Saringan wajib masuk Sarawak dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.