Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SUPP sentiasa siap siaga hadapi PRN Sarawak
  • SEMASA

SUPP sentiasa siap siaga hadapi PRN Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
AGIH… Datuk Michael Tiang Ming Tee mengagihkan dumpling kepada warga emas sempena sambutan Perayaan Perahu Naga atau Festival Dumpling yang dianjurkan oleh SUPP Pelawan di Jalan Tuah, hari ini.

SIBU: Parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa, meskipun belum terdapat sebarang petunjuk bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, tumpuan politik negara ketika ini masih terarah kepada perkembangan di Sabah, Johor dan Melaka.

“Setakat ini, saya belum dengar khabar angin langsung mengenai Pilihan Raya Negeri Sarawak. Masih ‘angin biasa’ sahaja, tetapi itu bukan alasan untuk kami leka.

“GPS dan SUPP sentiasa dalam mod bekerja dan bersiap siaga,” katanya pada program komuniti sempena sambutan Perayaan Perahu Naga atau Festival Dumpling yang dianjurkan oleh SUPP Pelawan di Jalan Tuah, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, SUPP cenderung mengekalkan calon penyandang dalam pilihan raya akan datang berikutan pengalaman dan rekod pencapaian yang telah terbukti.

“Calon penyandang sudah melalui pelbagai cabaran dan mereka telah membuktikan kemampuan mereka.

“Namun pada masa sama, mereka juga perlu membantu calon-calon baharu supaya pasukan kita lebih kukuh untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Tiang yang juga Ketua Pemuda SUPP memuji kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang menurutnya berjaya melaksanakan pelbagai dasar pembangunan, menjana pendapatan baharu dan memperkenalkan program kebajikan secara konsisten.

Mengulas pencapaian terkini negeri ini, Tiang merujuk kepada pengisytiharan bersama antara Petros dan Petronas yang mengiktiraf kawalan kawal selia Sarawak ke atas sumber gas asli sebagai satu kejayaan besar.

“Ini membuktikan Sarawak semakin berdaya saing dan berdaulat dari sudut ekonomi. Premier kita sangat proaktif mencari sumber hasil baharu demi kemakmuran negeri,” ujarnya.

Tiang turut menyamakan maksud simbolik ‘dumpling’ atau ketupat Cina itu dengan nilai yang diperjuangkan oleh SUPP dan semangat perpaduan rakyat Sarawak.

“Bentuk ketupat itu melambangkan keadilan. Tali yang mengikatnya melambangkan perpaduan, manakala campuran bahan di dalamnya menggambarkan kepelbagaian budaya.

“Inilah Sarawak bersatu padu seperti ketupat yang diikat kemas,” kata beliau.

Perayaan itu turut memperingati penyair patriotik China, Qu Yuan, yang menurut Tiang menjadi lambang kepada semangat keadilan dan nasionalisme yang selari dengan prinsip perjuangan SUPP.

Dalam program tersebut, sebanyak 500 pek dumpling diagihkan kepada warga emas selain pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik PMG.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Potensi getah lateks tinggi, RISDA perkukuh sokongan pekebun kecil
Next: Semangat kebersamaan perkukuh perpaduan kaum – TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.