Semangat kebersamaan perkukuh perpaduan kaum – TPM Fadillah

Facebook
WhatsApp
DATO Sri Fadillah Yusof mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai. Foto Facebook Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR: Semangat kebersamaan dalam kepelbagaian kaum perlu dijadikan lambang kekuatan untuk mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Menerusi catatan di Facebook sempena sambutan Hari Gawai, Fadillah berkata rakyat di negara ini bertuah kerana bebas meraikan perayaan kaum dan agama masing-masing dalam suasana aman harmoni.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempunyai paling ramai suku etnik menjadi contoh terbaik keharmonian kaum di negara ini.

“Hargailah dan syukurilah selamanya keamanan dan keharmonian kaum yang kita kecapi selama ini. Raikanlah Gawai dengan penuh kegembiraan melalui amalan tradisi dan budaya kunjung-mengunjung.

“Gawai Dayak yang menjadi faktor penyatuan dan simbol identiti kaum Dayak adalah manifestasi kepada kepelbagaian kaum dan kekayaan budaya masyarakat di Malaysia yang hidup aman harmoni tanpa mengira latar belakang kaum, agama, dan budaya,” katanya.

Hari Gawai disambut di Sarawak pada 1 dan 2 Jun sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.

  • Bernama

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan