Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP Piasau Miri giat bantu warga emas daftar, aktif SKAS
  • Utara
  • WILAYAH

SUPP Piasau Miri giat bantu warga emas daftar, aktif SKAS

Utusan Sarawak 3 months ago

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau Miri telah giat membantu warga emas mendaftar dan mengaktifkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sejak 1 Januari lalu.

Pengerusi SUPP Cawangan Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, berdasarkan rekod pejabatnya dari minggu pertama Januari 2025 sehingga hari ini, seramai 1,486 warga emas telah mengunjungi pejabat untuk mendapatkan bantuan dalam mendaftar dan menyelesaikan isu berkaitan SKAS, Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB), dan Kad Emas Kenyalang (KGC).

“Di samping memberikan bantuan di pejabat kami, kami juga telah memperluaskan usaha kami melalui Perkhidmatan Mudah Alih Mingguan kami, di mana kami menyediakan gerai di pelbagai lokasi untuk membantu warga emas memohon SKAS , SCHB, KGC dan mengemukakan rayuan jika perlu.

“Inisiatif ini memastikan lebih ramai warga emas yang layak, terutamanya mereka yang menghadapi cabaran mobiliti, boleh mengakses faedah yang mereka layak,” katanya hari ini.

Ting berkata, pihaknya tetap komited untuk memastikan warga emas di Miri menerima sokongan dan bimbingan yang diperlukan dalam mendapatkan bantuan kebajikan yang disediakan oleh kerajaan.

“Kami menggalakkan mereka yang masih belum membuat permohonan untuk SKAS, SCHB, atau KGC untuk mengunjungi pejabat kami atau gerai perkhidmatan bergerak kami untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut atau bantuan, sila hubungi SUPP Cawangan Piasau Miri di talian 085-423399 atau untuk maklumat lanjut mengenai SKAS anda boleh layari https://service.sarawak.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hospital Daro terima mesin hemodialisis sumbangan Yayasan OBYU
Next: Kerajaan perlu cadang langkah praktikal, tuntas selesai isu bekalan air, masalah banjir berulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.