Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP gesa ahli terus bersatu padu
  • Tengah
  • WILAYAH

SUPP gesa ahli terus bersatu padu

Utusan Sarawak 5 months ago
CERGAS SIHAT….Kaunselor Kevin Lau merakam kenangan bersama yang lain pada Program Basketball Fun Game di Sekolah Menengah Guong Ming, semalam.

SIBU: Semua ahli Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) digesa untuk terus bersatu padu bagi membina masa depan yang lebih cerah untuk Sibu.

Pengerusi Pemuda SUPP Pusat, Kaunselor Kevin Lau berkata, semua ahli perlu aktif dan bekerjasama dengan lebih erat demi masa depan Sibu.

“Usaha kita bukan untuk pencapaian peribadi, tetapi untuk kemakmuran dan pembangunan kampung halaman.

“Saya percaya, selagi kita kekal bersatu, masa depan Sibu akan lebih cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Basketball Fun Game di Sekolah Menengah Guong Ming, semalam.

Kaunselor Lau juga berterima kasih kepada Pengerusi SUPP cawangan Nangka, Chua Beng Seng dan pasukan pemimpin belianya kerana kepimpinan mereka membawa harapan dan bantuan kepada masyarakat.

“Banyak cabaran yang terpaksa kami hadapi tetapi saya berterima kasih atas usaha dan sokongan semua orang,” katanya.

Mengulas mengenai program tersebut, Kaunselor Lau berkata, penganjuran program tersebut memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan rakan seperjuangan.

Turut hadir, Ketua Pemuda Nangka Yong Ching Kong.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: STB lancar sampul angpau eksklusif Tahun Baharu Cina
Next: 20 penerima terima pampasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.