Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sultan Johor sumbang makanan kepada anggota polis
  • NASIONAL

Sultan Johor sumbang makanan kepada anggota polis

Utusan Sarawak 5 years ago

JOHOR BAHRU, 22 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, untuk diagihkan kepada anggota polis yang terlibat dalam tugasan sekatan jalan raya di sekitar kawasan Bandaraya Johor Bahru berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu di Istana Pasir Pelangi hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada anggota polis yang terlibat dalam tugasan sekatan jalanraya di sekitar kawasan Bandaraya Johor Bahru berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan tersebut kepada Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Istana PasirPelangi, yang kemudiannya akan diagihkan kepada anggota polis.

Menerusi laman rasmi Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim, baginda bertitah sumbangan berkenaan diberikan kerana anggota polis kini sedang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Bantuan makanan ini kepada anggota polis yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di Bandaraya Johor Bahru. 

“Disebabkan mereka terbabit dalam penugasan sekatan jalan raya, bantuan makanan ini boleh disampaikan kepada keluarga masing-masing,” titah baginda.

Antara sumbangan yang diberikan termasuk beras, biskut, susu, sardin, mee segera dan susu yang akan diterima anggota polis yang bertugas.  Sebelum ini, Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada petugas perubatan di  Hospital Permai Johor Bahru. –Bernama

Continue Reading

Previous: 10 juta topeng muka dibawa masuk dari China
Next: Komuniti maritim semakin patuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.