Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Hassanal Bolkiah dalam keadaan sihat sejahtera
  • SEMASA

Sultan Hassanal Bolkiah dalam keadaan sihat sejahtera

Utusan Sarawak 4 days ago

Gambar fail, Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri Sidang Kemuncak Asean-GCC ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan dalam keadaan sihat sejahtera.

Jabatan Perdana Menteri Brunei memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan hari ini.

“Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dalam keadaan sihat sejahtera.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia sedang berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.

“Baginda telah berasa letih dan atas nasihat pakar kesihatan tuan rumah, untuk berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu. 

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Hassanal Bolkiah kini berada di IJN. 

Anwar berkata baginda dilaporkan berasa letih dan memilih untuk berehat di IJN.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Indonesia sambut Aidiladha 6 Jun, sehari lebih awal dari Malaysia, Singapura
Next: Penggubalan RUU pada sidang DUN kali ini bersifat menyeluruh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.