Indonesia sambut Aidiladha 6 Jun, sehari lebih awal dari Malaysia, Singapura

Facebook
WhatsApp
Menteri Agama Indonesia, Nasaruddin Umar. - Foto fail BERNAMA

JAKARTA: Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini, menurut Menteri Agama, Nasaruddin Umar.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas selesai mengadakan persidangan isbat untuk menentukan 1 Zulhijah 1446H dan Hari Raya Aidiladha di kementeriannya malam ini.

“Berdasarkan laporan yang diterima, disepakati bahawa tarikh 1 Zulhijah jatuh pada Rabu, 28 Mei 2025 dan 10 Zulhijah atau Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun 2025,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan pengumuman itu, Indonesia bakal merayakan Aidiladha sehari lebih awal dari negara jiran, Malaysia dan Singapura.

– BERNAMA

Kuching City benam Melaka 2-1

MELAKA: Kuching City FC mencipta kemenangan bergaya apabila menewaskan Melaka dalam aksi Liga Super Malaysia di Stadium Hang Tuah, malam