Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sulaiman Md Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
  • NASIONAL

Sulaiman Md Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka

Utusan Sarawak 3 years ago

MELAKA, 21 Nov -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Ayer Keroh, hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

ANGKAT SUMPAH…Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Ayer Keroh, semalam.• Foto BERNAMA

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, awal pagi semalam.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.

Turut hadir isteri Mohd Ali, Toh Puan Asmah Abd Rahman, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada tahun lepas.  — Bernama

Continue Reading

Previous: Bina rumah bertiang di tepi sungai,titah Al-Sultan Abdullah
Next: BN menang 21 kerusi,PH lima, PN dua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.