Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sukarelawan Jiwa PUTRA bantu bersih kawasan terjejas banjir 
  • WILAYAH

Sukarelawan Jiwa PUTRA bantu bersih kawasan terjejas banjir 

Utusan Sarawak 3 months ago

Pasukan sukarelawan Jiwa PUTRA daripada staf UPMKB bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan Flat Putra Permai yang terjejas akibat banjir. Foto ihsan UPMKB

BINTULU: Pasukan sukarelawan Jiwa PUTRA yang terdiri daripada staf Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) turun padang membantu pembersihan kawasan yang terjejas akibat banjir di sekitar kampus.

Menurut kenyataan UPMKB, operasi itu memberi tumpuan kepada Flat Putra Permai UPMKB yang mengalami kesan teruk selepas banjir melanda.

“Inisiatif ini bukan sekadar bantuan fizikal tetapi juga suntikan semangat buat mereka yang terjejas,” katanya.

Dengan semangat gotong-royong dan keprihatinan tinggi, para sukarelawan berganding bahu membersihkan kediaman, mengalihkan sisa banjir serta memastikan persekitaran kembali selesa untuk didiami.

Program seumpama itu mencerminkan keprihatinan warga UPMKB dalam membantu komuniti kampus yang terkesan akibat bencana.

UPMKB turut merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga dan masa dalam menjayakan inisiatif tersebut.

Banjir yang melanda Bintulu baru-baru ini bukan sahaja menjejaskan penduduk, tetapi juga memberi kesan kepada warga UPMKB.

Continue Reading

Previous: Paras air di bandar Sarikei masih terkawal
Next: ADUN Tanjong Batu buka pusat khidmat bantu mangsa banjir mohon bantuan kewangan kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.