Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA: Skuad MLBB wanita negara cipta sejarah rangkul emas
  • SUKAN

Sukan SEA: Skuad MLBB wanita negara cipta sejarah rangkul emas

Utusan Sarawak 18 hours ago
Foto Facebook Astro Arena.

BANGKOK: Skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) wanita negara mencipta sejarah apabila meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan itu selepas menewaskan Filipina pada perlawanan akhir di Universiti Chulalongkorn di sini hari ini.

Pasukan kebangsaan yang dibarisi Qurratul Ain Nurfarisha Nizam, Afrina Balqis Ibdhi Har Ali, Hanis Wahidah Dashuki, Queenie Lim dan Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan pasukan pilihan Filipina 4-3.

Kejayaan itu merupakan pingat emas sulung Malaysia dalam acara MLBB wanita sejak ia dipertandingkan pada Sukan SEA Phnom Penh 2023, apabila skuad negara ketika itu sekadar meraih pingat gangsa.

Ia juga menandakan pingat emas pertama negara dalam acara MLBB sejak permainan tersebut diperkenalkan pada Sukan SEA Manila 2019.

Selain itu, kemenangan berkenaan menjadi pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan sejak edisi 2019, apabila Dr Yew Weng Kean memenangi acara Hearthstone.

Terdahulu, skuad MLBB lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-4 kepada Filipina pada perlawanan akhir.

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tabau Legacy dinobat juara Bola Sepak Tujuh Sebelah Terbuka Rumah Panjang Ikom Senyawan
Next: Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik menang aksi pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.