Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik menang aksi pertama

Facebook
WhatsApp
Foto Facebook Badminton Association of Malaysia.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuka tirai kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan cemerlang selepas menewaskan gandingan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Fajar Alfian dalam saingan Kumpulan B di Hangzhou, China hari ini.

Pasangan di ranking kedua dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan 22-24, 21-18, 21-19 dalam tempoh 83 minit.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu akan turun menentang pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang esok dalam misi memburu kemenangan kedua bagi mencerahkan peluang mara ke separuh akhir.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun tunduk kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-23, 19-21.

Wei Chong-Kai Wun akan bertemu pasangan Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin pada aksi kedua Kumpulan A esok.

Mengikut format perlawanan, dua beregu terbaik setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

-BERNAMA

Mei Xing umum bersara

KUALA LUMPUR, 19 Oktober: Pemain beregu wanita kebangsaan Teoh Mei Xing mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton kompetitif, selepas lebih sedekad

Mendokumentasi memori kolektif Sarawak

SATU perkara menarik yang berlaku pada minggu lalu ialah perbahasan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) pada sidang