Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan badminton perlu dipromosikan kepada golongan muda untuk gaya hidup sihat – Penguang
  • SUKAN

Sukan badminton perlu dipromosikan kepada golongan muda untuk gaya hidup sihat – Penguang

Utusan Sarawak 3 hours ago
GIMIK… Datuk Dr Penguang Manggil memukul bulu tangkis sebagai simbolik perasmian Kejohanan Badminton Tertutup Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Sebanyak 44 penyertaan memburu gelaran juara dalam Kejohanan Badminton Tertutup anjuran Kelab Badminton Baram bermula petang semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil meluahkan kekecewaan apabila penyertaan dalam kejohanan kali ini amat rendah berbanding sebelum ini.

DATUK Dr Penguang Manggil bergambar kenangan bersama peserta badminton di Gelanggang Good Shepherd, Marudi. Foto Jiku Juguong

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi menggesa pemain badminton mempromosikan sukan ini bagi memberi dorongan kepada golongan muda menjalani gaya hidup sihat. 

“Badminton ialah sukan yang baik untuk kesihatan diri, menceriakan minda dan fizikal. Saya berharap pada tahun mendatang lebih ramai akan turut serta dalam pertandingan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Penguang berkata beliau sentiasa memberi sokongan kepada apa jua aktiviti sukan yang dipertandingkan kerana Marudi mempunyai ramai peserta berbakat.

TERBAIK… Peserta Kejohanan Badminton Tertutup Marudi yang menyertai saingan memburu gelaran juara. Foto Jiku Juguong

Tambah Penguang, beliau akan sentiasa memberi sokongan termasuk dalam bentuk peruntukan dan sebagainya.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola, Edna Mathius berkata kejohanan kali ini merupakan penganjuran kali ke-5 sejak diperkenalkan pada 2022 oleh Kelab Badminton Baram.

Katanya, untuk rekod pada 2022 pihak penganjur menerima 62 penyertaan, 57 penyertaan pada 2023, 74 penyertaan pada 2024, 62 penyertaan pada 2025 dan hanya 44 penyertaan pada tahun ini (2026).

Katanya, kejohanan ini bukan sekadar medan untuk merebut kejuaraan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta mencungkil bakat baharu yang berpotensi mengharumkan nama Baram pada masa akan datang.

Kejohanan tersebut telah berlangsung di Gelanggang Badminton Good Shepherd dan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Junior, Wanita Terbuka serta Lelaki Bawah 18 Tahun. 

Oleh Jiku Juguong

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Abrienda realisasikan impian dengan lima rekod baharu kebangsaan
Next: Jerman tersingkir, Paraguay cipta kejutan besar di Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.