Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sufri Yusof bekas jurukamera, kini pempengaruh popular
  • HIBURAN

Sufri Yusof bekas jurukamera, kini pempengaruh popular

Utusan Sarawak 6 months ago
BERSIARAN LANGSUNG… Sufri Yusof bersiaran langsung mengulas menu makanan dan lokasi makanan di facebook My Sufri Channel MSC dan aplikasi TikTok, my_sufri_channel.

KUCHING: Sufri Yusof Shamsudin, 47, atau lebih dikenali sebagai Pempengaruh dan Pencipta Kandungan popular dalam kalangan usahawan di Sarawak sebelum ini berpengalaman selama 22 tahun dalam bidang jurukamera penyiaran.

Bercerita tentang permulaan perjalanannya sebagai jurukamera sebelum bergelar pempengaruh popular, Sufri memulakan kerjayanya di TV3 cawangan Kuching sebelum berhijrah ke TV3 Kuala Lumpur pada 1996.

“Sebelum bertugas di TV3 Kuching, saya memang meminati bidang videografi dengan menjadi videografer untuk majlis perkahwinan di Miri. Manakala ketika itu ibu saya Hajah Rapiah Razali adalah seorang perancang perkahwinan (wedding planner).

CERAMAH…. Sufri Yusof turut mendapat jemputan beberapa sekolah di Miri, untuk memberi ceramah mengenai mencipta kandungan.

“Sehinggalah saya menjadi Jurukamera Kanan TV3 di Bahagian Berita Dan Hal Ehwal Semasa, termasuk pernah menjadi jurukamera untuk pelbagai jenis program di TV3. Saya pernah ke Sukan Olimpik London pada 2012 dan menyertai lawatan Perdana Menteri ke luar negara bersama Tun Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad,” jelas Sufri yang dilahirkan di Bandar Seria, negara Brunei Darussalam.

Kini beliau tidak lagi berkhidmat dalam dunia penyiaran dan menubuhkan My Sufri Channel MSC ketika penularan pandemik Covid-19 pada 2020.

PENUBUHAN MY SUFRI CHANNEL MSC

JUARA… Sufri Yusof muncul sebagai pemenang utama Borneo FB Live Sales Challenge 2022 anjuran Koperasi Belia Inovatif Sarawak disokong oleh Biro Konvesyen Sarawak, MySeni Sarawak dan MAGIC Sarawak.

“Ketika itu saya kembali ke Sarawak dan dikuaratin di sebuah hotel di Kuching. Selepas tempoh kuaratin selesai saya terus melakukan jerayawara dari Kuching ke Miri memperkenalkan My Sufri Channel MSC dalam media sosial sambil singgah di beberapa lokasi dan review makanan serta tempat menarik melalui sepanjang jalan Lebuhraya Pan Borneo yang ketika itu belum siap sepenuhnya.

“Kisah permulaan saya bersiaran langsung (live streaming) di media sosial hanya seorang sahaja yang menonton namun saya tetap meneruskan supaya orang di media sosial tahu yang MSC ada melakukan siaran langsung.

DIIKTIRAF… Sufri Yusof diiktiraf sebagai Pempengaruh Terbaik Mega Pesta Orang Kampung Miri 2023.

“Ketika itu saya melakukan ulasan makanan (food review) yang dihantar ke hotel makanan yang saya tempah sendiri melalui Grab dan Food Panda.

“Tujuan saya My Sufri Channel MSC adalah untuk berkongsi

konten dan pengalaman sepanjang 22 tahun berkhidmat dalam dunia penyiaran serta melalui MSC mereka dapat melihat karya saya,” katanya sambil menambah kata bahawa facebook My Sufri Channel MSC kini mempunyai 74,000 pengikut dan mendapat ‘likes’ sebanyak 30,000, manakala aplikasi TikTok my_sufri_channel mempunyai 50,200 pengikut dan mendapat ‘likes’ sebanyak 608,300.

Jelas Sufri, melalui My Sufri Channel MSC beliau mencipta kandungan dengan memperkenalkan Sarawak kepada orang luar.

ULASAN MAKANAN… Sufri Yusof bersama salah seorang pemilik kafe bersiaran langsung memperkenalkan menu makanan.

Tambah beliau, menerusi konten yang dihasilkannya peminat makanan dari dalam Sarawak dan luar Sarawak dapat mengetahui di mana lokasi menarik untuk mereka singgah dan menjamu selera.

“Sekarang juga saya menjana pendapatan melalui konten yang dihasilkan. Jika dahulu kita makan gaji dan sekarang kita cari duit sendiri. Melalui media sosial facebook saya dapat menjana pendapatan sekurang-kurangnya AS$600 – AS$700 sebulan. Alhamdulillah, inilah hasil titik peluh saya selama ini,” jelas Sufri merupakan pemenang utama Borneo FB Live Sales Challenge 2022 anjuran Koperasi Belia Inovatif Sarawak disokong oleh Biro Konvesyen Sarawak, MySeni Sarawak dan MAGIC Sarawak.

PERANAN SEBAGAI PEMPENGARUH

“Tiada halangan untuk tampil sebagai seorang pempengaruh, namun apa yang paling penting adalah mestilah memiliki prinsip, bertanggungjawab serta mempunyai value dalam mencipta konten dengan bersandar ilmu, adab, akal, budaya dan agama.

KINI PEMPENGARUH POPULAR… Sufri Yusof sebelum ini sebagai jurukamera dalam bidang penyiaran dan kini sebagai Pempengaruh dan Pencipta Kandungan My Sufri Channel MSC.

“Ini adalah untuk menonjolkan diri dan mencerdikkan ummah menerusi hidangan konten berkualiti bukan menghasilkan konten memalukan diri dan bersifat kontroversi,” katanya.

Tambahnya, nilai tanggungjawab untuk membudayakan teras ilmu dalam mencipta konten yang mempunyai keabsahan intelektual adalah penting.

“Bagi mengelakkan masyarakat terkeliru dengan sebarang fakta yang dibawa dan bukannya bersifat ‘palatao’ yang tidak berteraskan fakta malah perkara yang boleh menyalahi normalisasi budaya timur serta bercanggah dengan adab Islam.

“Teras intelektual ini sangat penting dalam mendepani kepelbagaian cabaran dan semestinya pempengaruh adalah platform yang terbaik untuk menyinari informasi berfakta dan terkini, menyahkan segala maklumat palsu dan fitnah.

“Oleh itu pempengaruh mesti menguasai dan mengutamakan ilmu kerana perubahan boleh dicapai dan dirancang melalui bidang pendidikan, inovasi dan teknologi yang sangat diperlukan bagi membentuk generasi muda negara yang berkualiti,” jelas Sufri.

ETIKA PEMPENGARUH

Sufri menegaskan bahawa seseorang pempengaruh perlu mematuhi etika setiap kandungan yang dipertontonkan di media sosial akan memberi kesan sama ada yang baik ataupun sebaliknya.

“Memastikan bahawa maklumat yang disebarkan adalah tepat, sahih dan telus sekali gus menjaga hak privasi dan ketelusan.

“Penting untuk pengikut memilih pempengaruh yang mempunyai pandangan dan pendapat yang memberi impak positif kerana mereka boleh mempengaruhi pandangan dan tindakan orang lain.

“Memilih pempengaruh yang mempromosikan nilai-nilai positif, pemikiran kritis, dan maklumat yang tepat membantu dalam pembangunan masyarakat yang lebih baik.

“Pengikut (follower) yang bijak memilih pempengaruh yang mempunyai kesan positif dapat menyokong penyebaran maklumat yang bermakna dan mendorong perbincangan yang membina masyarakat yang cemerlang dan berfikiran intelek,” katanya yang diiktiraf sebagai Pempengaruh Terbaik sebagai Pempengaruh Terbaik Mega Pesta Orang Kampung Miri 2023.

Kini beliau mendapat jemputam sebagai rakan media dari pelbagai acara festival makanan seperti Pesta Orang Kampung, Lapa Food Fest, Thai Street Food, Pesta Pantai, Retro Food Style, Wellbest Sibu (JKM)Yotoku Food Fest, Klasik Food Fest dan banyak lagi.

“Saya masih lagi meneruskan mencipta kandungan untuk lokasi makanan baharu, menu baharu dan lokasi baharu untuk konten terkini.

“Saya juga mendapat jemputan beberapa sekolah di Miri, untuk memberi ceramah mengenai mencipta kandungan. Saya juga mendapat hadiah daripada pengikut sebuah lagu My Sufri Channel, lagu pertama dihasilkan untuk MSC.

“Perancangan saya seterusnya untuk memenuhi impian ingin menjelajah ke luar negara jika ada rezeki suatu hari nanti,” katanya.

Oleh Yanti Sham

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Filem ‘Tegkang’ dengan penggambaran di Bario mula masuk pawagam esok
Next: Konsert Rizky, Bunkface di Kuching 27, 28 Disember ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.