Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SUFC perlu 42 mata untuk jadi juara
  • SUKAN

SUFC perlu 42 mata untuk jadi juara

Utusan Sarawak 4 years ago
SARAWAK United FC hanya memerlukan 14 mata lagi daripada baki enam perlawanan musim ini.

DUA pasukan pilihan Sarawak United FC dan Negeri Sembilan FC perlu menamatkan musim ini dengan mengumpul sebanyak 42 mata yang menjadi jalan paling selamat buat kedua-dua pasukan itu untuk mengesahkan dua tempat teratas Liga Premier.

Sarawak United FC terutamanya perlu mendapatkan 14 mata lagi daripada baki enam perlawanan musim ini.

Sarawak United akan menentang Perak II pada 15 Ogos, Projek FAM-MSN (22 Ogos), PDRM (27 Ogos), Kuching City FC (7 September), Negeri Sembilan FC (10 September) dan JDT II (18 September).

Bagaimanapun, untuk pemburuan tempat ke Liga Super musim depan, Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC seakan sudah menghampiri dua slot yang ditawarkan.

Memandangkan pasukan ‘feeder club’ tidak akan dinaikkan pangkat ke saingan utama, kini hanya PDRM menjadi pencabar terdekat namun andai kata kemenangan bersih mampu dicapai pada baki saingan, Sang Saka Biru hanya mampu mengumpul 34 mata maksimum.

Sebaliknya, selepas mengumpul 29 mata setakat ini, ia bemakna Negeri Sembilan hanya perlukan enam mata lagi untuk raih ‘mata paling selamat’ bagi mengesahkan slot ke Liga Super musim depan.

Sarawak United FC pula memerlukan tujuh mata lagi.

Daripada baki perlawanan yang dimiliki pencabar terdekat, pasuka  Terengganu II (TFC II) dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) hanya mampu mengumpul 41 mata maksimum.

Untuk mencecah angka 42 mata, Negeri Sembilan FC tidak boleh kalah kerana mereka memerlukan 13 mata lagi daripada baki 15 mata yang boleh direbut.

Namun daripada baki lima perlawanan, tiada jalan mudah buat Negeri Sembilan FC memandangkan pasukan kuat menanti mereka selepas ini.

Negeri Sembilan akan melengkapkan saingan liga musim ini menentang Kelantan United pada 21 Ogos ini, diikuti Kelantan (27 Ogos), Kuching City (1 September), Sarawak United FC (10 September) dan PDRM (18 September).

Continue Reading

Previous: Sarawak United rampas takhta
Next: SUNTIK MOTIVASI BONNIE

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.