Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Subsidi petrol, diesel, bantuan sara hidup nelayan perlu diperluas – NEKMAT
  • SEMASA

Subsidi petrol, diesel, bantuan sara hidup nelayan perlu diperluas – NEKMAT

Utusan Sarawak 8 months ago
PENGERUSI Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari bercakap ketika ditemu ramah Bernama di NEKMAT Pusat Bandar Utara Selayang baru-baru ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) berharap agar Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober ini, akan meneruskan pemberian subsidi petrol serta diesel dan bantuan sara hidup kepada komuniti nelayan tanpa mengira kelas.

Pengerusi Lembaga Pengarah NEKMAT Abdul Hamid Bahari berkata permintaan itu, bagi memastikan komuniti nelayan dapat menampung kos operasi harian dan menggalakkan hasil tempatan yang sekali gus dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka. 

“NEKMAT mempunyai hampir 100,000 nelayan dan hasrat kita adalah supaya kerajaan dapat kekalkan pemberian petrol dan diesel bersubsidi kepada nelayan termasuk di Sabah dan Sarawak, serta memperluaskan juga kepada nelayan yang tidak menerima manfaat itu sebelum ini.

“Tanpa subsidi minyak ini, sukar untuk nelayan turun ke laut khususnya bagi nelayan kelas zon C2 (Perikanan Tangkapan Laut Dalam).  Ada dalam kalangan mereka boleh dikatakan tidak dapat turun ke laut kerana tidak dapat tampung kos yang tinggi, sebab harga ikan yang mereka jual sama sahaja dengan nelayan zon A, B dan C yang ketika ini menerima subsidi petrol dan diesel,” katanya kepada Bernama.

Abdul Hamid berkata dengan meneruskan program subsidi petrol dan diesel kepada nelayan, ia juga dapat menstabilkan harga ikan, merancakkan pertumbuhan ekonomi negara sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat.

Abdul Hamid berkata selain itu, beliau juga berharap bantuan sara hidup nelayan sebanyak RM300 setiap bulan, turut diperluaskan kepada pemilik bot bagi zon B dan C.

“Buat masa ini pemilik bot dan pekerja bagi zon A semua mendapat bantuan sara hidup ini, tetapi bagi zon B dan C, hanya pekerja sahaja yang menikmati bantuan ini,” katanya.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu GISBH: Jawatankuasa Fatwa MKI hanya akan keluarkan pandangan hukum – Mohd Na’im
Next: Pusat kajian telekomunikasi satelit perluas penggunaan teknologi direct-to-cell – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.