Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Subsidi baja, racun buah limau dijangka diagih tahun depan
  • Tengah
  • WILAYAH

Subsidi baja, racun buah limau dijangka diagih tahun depan

Utusan Sarawak 7 months ago
SESI DIALOG…. ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing di sesi dialog bersama para penanam buah limau Bintangor. 
 

BINTANGOR: Agihan subsidi baja dan racun kepada penanam buah limau Bintangor dijangka akan diagihkan, tahun depan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berharap dengan adanya subsidi tersebut akan memberi semangat dan motivasi para penanam buah limau Bintangor. 

“Agihan subsidi seperti baja dan racun dijangka akan diagihkan pada 2025.

“Saya harap ia akan memberi semangat kepada penanam buah limau Bintangor untuk terus mengusahakan penanaman buah limau ini. 

“Melalui bantuan ini, ia membantu mengurangkan kos input pertanian selain meningkatkan produktiviti ladang,” katanya. 

Beliau berkata demikian di sesi dialog bersama Pegawai Pertanian Daerah Meradong, Emparie Randi dan penanam limau Bintangor di sini, hari ini. 

Katanya, buah limau Bintangor telah menjadi sambutan tinggi dari pembeli sejak dulu lagi dan kini limau tersebut semakin kurang berikutan pemintaan pasaran yang tinggi. 

“Rasa buah limau Bintangor yang manis dan sedikit masam menjadikan buah ini menjadi pilihan popular di kalangan pembeli. 

“Limau Bintangor semakin berkurangan kerana menjadi rebutan pembelian orang luar dan ini menjadikan harga penjualan semakin tinggi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hati-hati fenomena air pasang besar, benak mulai Jumaat ini – APM
Next: Sarang tebuan tanah sebesar tayar kereta kancil berjaya dimusnahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.