Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUBK Kementerian Kesihatan adakan lawatan pemantauan ke Hospital Miri
  • Utara
  • WILAYAH

SUBK Kementerian Kesihatan adakan lawatan pemantauan ke Hospital Miri

Utusan Sarawak 16 hours ago
LAWATAN… Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Roslinah Md Jani rakam kenangan ketika mengadakan lawatan ke Hospital Miri pagi tadi.

MIRI: Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Roslinah Md Jani, telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Miri, pagi tadi.

Menurut kenyataan Hospital Miri, lawatan tersebut bertujuan untuk memantau perkembangan Projek Perolehan Peralatan Gred G3 dan G4 bagi Bangunan Tambahan Hospital Miri.

Lawatan ini telah diselaraskan oleh Haifa Arghnia A. Jamal dari Unit Perolehan, Aset dan Stor, bersama Christopher Grenaga Paul Mpadai dari Unit Pentadbiran Am, Hospital Miri.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Banges Munga, Timbalan Pengarah (Perubatan) II Hospital Miri, Dr. Wong Chia Yee, serta Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Miri, Rita Elisha Mering.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 70 projek akan ditender libatkan RM1.5 bilion
Next: Huang sumbang katil pesakit boleh laras kepada warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.