SUBK Kementerian Kesihatan adakan lawatan pemantauan ke Hospital Miri

Facebook
WhatsApp
LAWATAN… Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Roslinah Md Jani rakam kenangan ketika mengadakan lawatan ke Hospital Miri pagi tadi.

MIRI: Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Roslinah Md Jani, telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Miri, pagi tadi.

Menurut kenyataan Hospital Miri, lawatan tersebut bertujuan untuk memantau perkembangan Projek Perolehan Peralatan Gred G3 dan G4 bagi Bangunan Tambahan Hospital Miri.

Lawatan ini telah diselaraskan oleh Haifa Arghnia A. Jamal dari Unit Perolehan, Aset dan Stor, bersama Christopher Grenaga Paul Mpadai dari Unit Pentadbiran Am, Hospital Miri.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Banges Munga, Timbalan Pengarah (Perubatan) II Hospital Miri, Dr. Wong Chia Yee, serta Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Miri, Rita Elisha Mering.

Oleh Adum Liu

Rumah usang runtuh di Kampung Muhibbah

MIRI: Bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Muhibbah, di sini, runtuh pagi tadi dipercayai akibat keadaan struktur rumah yang sudah

Dakwat pada kulit, cerita dalam jiwa

KUCHING: Setiap kali jarum menyentuh kulit, bukan sekadar dakwat yang ditinggalkan. Di sebalik setiap garisan dan corak, tersimpan cerita, kenangan