Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Suami maut, isteri cedera dalam kemalangan 
  • KEMALANGAN

Suami maut, isteri cedera dalam kemalangan 

Utusan Sarawak 6 months ago

MOTOSIKAL MANGSA....Motosikal dinaiki kedua-dua mangsa terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan menghala ke Sarikei. Foto APM Sarikei 

SARIKEI: Lelaki berumur 47 tahun meninggal dunia, manakala isterinya, 43, cedera parah selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya, hari ini. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, kemalangan maut tersebut melibatkan sebuah motosikal dan lori. 

“Kemalangan berlaku di Jalan Kim San. Difahamkan ketika kemalangan berlaku, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan menghala ke Sarikei. 

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.47 tengah hari. 

“Koperal (PA) Jeffrey Dunging bersama tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata setibanya di lokasi, pihaknya membuat pemeriksaan awal terhadap mangsa pertama iaitu seorang wanita yang mengalami patah bahu kanan, luka terbuka di bahagian kanan paha dan patah di kaki kanan. 

“Mangsa telah di hantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya. 

“Mangsa kedua iaitu seorang lelaki yang juga suami kepada mangsa pertama telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada lokasi di kemalangan. 

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Lima terselamat kenderaan 4WD kemalangan kendiri
Next: Kemalangan maut: Maklumat orang ramai diperlukan bantu siasatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.