Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Stok minyak sawit susut 10.55 peratus
  • BISNES

Stok minyak sawit susut 10.55 peratus

Utusan Sarawak 5 years ago
SUSUT… Stok minyak sawit diproses turun 4.81 peratus kepada 829,372 tan pada Julai berbanding 871,296 tan sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Jumlah stok minyak sawit Malaysia merosot 10.55 peratus kepada 1.698 juta tan pada Julai daripada 1.898 juta tan dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam laporan terkini mengenai prestasi industri itu, MPOB berkata stok minyak sawit mentah (MSM) susut 15.42 peratus kepada 868,664 tan daripada 1.027 juta tan pada Jun.

Stok minyak sawit diproses turun 4.81 peratus kepada 829,372 tan pada Julai berbanding 871,296 tan sebelum ini, katanya.

MPOB berkata, pengeluaran MSM merosot 4.14 peratus kepada 1.807 juta tan pada Julai daripada 1.885 juta tan pada bulan sebelumnya, manakala pengeluaran isirong sawit susut 3.51 peratus kepada 449,347 tan berbanding pengeluaran sebanyak 465,712 tan pada Jun.

MPOB berkata, eksport minyak sawit meningkat 4.19 peratus kepada 1.782 juta tan pada Julai berbanding 1.710 juta tan pada bulan sebelumnya, manakala eksport oleokimia merosot 10.01 peratus kepada 247,187 tan daripada 274,679 tan sebelum ini.

Eksport biodiesel melonjak 143.26 peratus kepada 38,974 tan pada Julai berbanding 16,022 tan pada Jun, manakala eksport minyak isirong sawit naik 4.07 peratus kepada 100,115 tan berbanding 96,201 tan pada bulan sebelumnya.

Eksport hampas isirong sawit merosot 28.36 peratus kepada 227,494 tan daripada 317,534 tan sebelum ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Perkenal hidangan tradisi promosi identiti ASEAN
Next: Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad terima anugerah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.