SSLR1 Fasa 1 catat 49.98 peratus kemajuan, siap sepenuhnya menjelang 2026

Facebook
WhatsApp
LAWATAN kerja Dr. Cassidy Morris ke tapak Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR1) Fasa 1 di Lawas. Foto Cawangan Komunikasi Korporat JKR Sarawak

LAWAS: Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr. Cassidy Morris, telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR1) Fasa 1 di sini bagi meninjau kemajuan fizikal serta keadaan semasa pelaksanaan projek berkenaan.

Menurut kenyataan Cawangan Komunikasi Korporat JKR Sarawak, lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan projek infrastruktur penting itu.

Setakat ini, Projek SSLR1 Fasa 1 mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 49.98 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 20 November 2026.

Fasa pertama projek ini melibatkan pembinaan jalan sepanjang 76 kilometer yang menghubungkan Simpang Gelugus ke Long Luping, Lawas.

Projek berkenaan merupakan inisiatif kerajaan dalam meningkatkan jaringan perhubungan antara Sabah dan Sarawak, selain memudahkan akses ke kawasan pedalaman.

Dr. Cassidy turut menekankan kepentingan pemantauan rapi bagi memastikan projek berjalan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem