Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SSLR1 Fasa 1 catat 49.98 peratus kemajuan, siap sepenuhnya menjelang 2026
  • TEMPATAN

SSLR1 Fasa 1 catat 49.98 peratus kemajuan, siap sepenuhnya menjelang 2026

Utusan Sarawak 3 weeks ago
LAWATAN kerja Dr. Cassidy Morris ke tapak Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR1) Fasa 1 di Lawas. Foto Cawangan Komunikasi Korporat JKR Sarawak

LAWAS: Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr. Cassidy Morris, telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR1) Fasa 1 di sini bagi meninjau kemajuan fizikal serta keadaan semasa pelaksanaan projek berkenaan.

Menurut kenyataan Cawangan Komunikasi Korporat JKR Sarawak, lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan projek infrastruktur penting itu.

Setakat ini, Projek SSLR1 Fasa 1 mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 49.98 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 20 November 2026.

Fasa pertama projek ini melibatkan pembinaan jalan sepanjang 76 kilometer yang menghubungkan Simpang Gelugus ke Long Luping, Lawas.

Projek berkenaan merupakan inisiatif kerajaan dalam meningkatkan jaringan perhubungan antara Sabah dan Sarawak, selain memudahkan akses ke kawasan pedalaman.

Dr. Cassidy turut menekankan kepentingan pemantauan rapi bagi memastikan projek berjalan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Majlis ramah tamah wadah perkukuh kerjasama antara pemimpin
Next: Pelantikan ahli majlis daerah langkah strategik perkukuh perkhidmatan kerajaan – Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.