SIBU, 15 Oktober: Orang ramai adalah dijemput untuk menyertai kempen derma darah anjuran Persatuan Limbungan Kapal (SSA) Sibu di Orange Zone, Star Mega Mall, pada Ahad ini.
Kempen dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu dan Star Mega Mall, akan bermula dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Penganjuran kempen ini adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.




