Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM terus perkukuh kerjasama strategik dengan AGC – Abd Halim
  • NASIONAL

SPRM terus perkukuh kerjasama strategik dengan AGC – Abd Halim

Utusan Sarawak 7 hours ago
SPRM terus perkukuh kerjasama strategik dengan AGC. Foto FB SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) terutama dalam pengendalian kes berprofil tinggi, berskala besar dan berkepentingan awam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kes sedemikian akan sentiasa dirujuk kepada AGC sebagai pihak berkuasa yang menentukan tindakan undang-undang terhadap kes disiasat SPRM.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk memimpin, mereformasi dan memperkukuh SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini bersempena dengan kunjungan hormat ke atas Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar semalam.

Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi pertama Abd Halim selepas dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 13 Mei.

Sementara itu, Mohd Dusuki merakamkan penghargaan kepada Abd Halim atas kunjungan hormat pertamanya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM ke atas AGC.

“AGC dan SPRM berpisah tiada. Kerjasama yang terjalin akan diteruskan,” katanya.

Hadir sama, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC Datuk Seri Saiful Edris Zainuddin dan Ketua Bahagian Pendakwaan AGC Datuk Masri Mohd Daud. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia tidak akan pertimbang sebarang permohonan pengampunan Jho Low – Anwar
Next: Belia mesti diperkasa dengan ilmu, kemahiran hadapi dunia makin kompleks – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.