Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM perkukuh kerjasama antara agensi urus pelucuthakan, pelupusan aset
  • NASIONAL

SPRM perkukuh kerjasama antara agensi urus pelucuthakan, pelupusan aset

Utusan Sarawak 10 hours ago
KETUA Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR: Koordinasi antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan proses pelucuthakan serta pelupusan aset kategori tidak alih seperti bangunan dan tanah dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata penganjuran program seperti Persidangan Meja Bulat Ketua Pesuruhjaya SPRM hari ini merupakan antara inisiatif agensi berkenaan ke arah itu bagi memastikan kerjasama lebih erat dapat dijalinkan. 

“Setiap agensi mempunyai kaedah tersendiri dalam proses ini dan bertanggungjawab memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

“SPRM menekankan kepentingan kolaborasi serta sinergi antara agensi awam dan swasta untuk memperkukuh mekanisme pelucuthakan harta,” katanya ketika persidangan itu.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan serta Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Azman Adam.

Azam juga berkata proses pelucuthakan dan pelupusan aset kategori tidak alih penting bagi memastikan penjenayah tidak dapat menikmati hasil daripada aktiviti haram mereka sekali gus menghantar mesej jelas bahawa jenayah tidak menguntungkan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Minggu Solar Malaysia 2025 tumpu peralihan tenaga bersih
Next: 620,000 pekerjaan dijangka terkesan tempoh tiga hingga lima tahun akan datang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.