Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM nafi dakwaan pembantu Syed Saddiq
  • NASIONAL

SPRM nafi dakwaan pembantu Syed Saddiq

Utusan Sarawak 5 years ago
SITI NURUL HIDAYAH

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pembantu kepada bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Siti Nurul Hidayah bahawa beliau telah diugut, diherdik dan dipaksa untuk beri keterangan seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu yang menyatakan penama berkenaan telah diperlakukan sedemikian untuk memberikan keterangan sebagaimana dinyatakan dalam video berkenaan.

Beliau berkata SPRM tidak akan bertolak ansur atau takut dengan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak kerana agensi itu mempunyai bukti bahawa tohmahan tersebut adalah tidak benar.

“Dakwaan yang mengatakan beliau telah dikerumuni empat atau lima pegawai lelaki dan diuguti adalah rekaan semata-mata, sebaliknya sepanjang masa proses rakaman pernyataan dibuat, beliau telah ditemani oleh dua pegawai wanita.

“Kehadiran beliau adalah secara sukarela sebagai antara saksi utama yang telah memberikan keterangan-keterangan penting dalam membantu SPRM menyiasat kes ini,” katanya kepada Bernama semalam.

Norazlan berkata, SPRM akan membuat satu laporan polis    berhubung tohmahan itu    sekali gus meminta pihak polis menyiasat perkara tersebut setelus-telusnya.   

“SPRM bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam perkara ini,” katanya.

Jumaat lepas Siti Nurul yang merupakan Setiausaha Kehormat sebuah kelab pertubuhan belia mengeluarkan kenyataan diperlakukan sedemikian oleh SPRM dalam satu rakaman video yang disiarkan di sebuah portal tempatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Keputusan kes Najib seleweng RM42 juta, 28 Julai
Next: Kedai gunting dibenar beroperasi mulai 10 Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.