Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • SPRM: Tuai Rumah ditahan reman disyaki salah guna wang pampasan penduduk rumah panjang
  • MAHKAMAH

SPRM: Tuai Rumah ditahan reman disyaki salah guna wang pampasan penduduk rumah panjang

Utusan Sarawak 4 months ago
SUSPEK disyaki menyalahgunakan wang pampasan diiringi pihak polis di Mahkamah Majistret Bintulu. 

BINTULU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak telah menahan reman seorang individu yang disyaki menyalahgunakan wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.

Perintah reman selama lima hari sehingga 26 Januari ini telah dikeluarkan oleh Majistret Galvin Loo Wei Ling selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Bintulu, pagi tadi.

Menurut jurucakap SPRM menerusi satu kenyataan, suspek lelaki berusia 58 tahun itu ditahan kira-kira 7.00 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Bintulu.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan seorang Tuai Rumah kepada sebuah rumah panjang di Belaga dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2019 hingga 2023.

“Suspek disyaki telah menyalahgunakan wang pampasan yang telah diserahkan oleh sebuah syarikat pembalakan yang sepatutnya disalurkan kepada penduduk rumah panjang berhubung projek pembalakan yang dibuat di kawasan milik penduduk tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau turut memberitahu bahawa SPRM juga telah menyita wang tunai kira-kira RM9,500 dan satu unit telefon bimbit sebagai sebahagian daripada siasatan.

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Next: Lelaki didenda RM4,000 miliki mercun, bunga api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.