Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Speaker Malaysia antara 333 kenamaan asing pantau PRU Kemboja
  • GLOBAL

Speaker Malaysia antara 333 kenamaan asing pantau PRU Kemboja

Utusan Sarawak 2 years ago
Speaker Dewan Rakyat Malaysia Tan Sri Johari Abdul antara 333 pemerhati dan orang kenamaan asing dari 65 negara dan institusi antarabangsa yang akan melawat untuk memantau Pilihan Raya Umum (PRU) ketujuh Kemboja Ahad ini.

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen semalam berkata, kira-kira 333 pemerhati dan orang kenamaan asing dari 65 negara dan institusi antarabangsa akan melawat negara itu untuk memantau Pilihan Raya Umum (PRU) ketujuh negara itu Ahad ini, lapor Xinhua.

Antaranya ialah Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Johari Abdul dan Perdana Menteri Guinea-Bissau Nuno Gomes Nabiam, serta 11 bekas ketua negara, kerajaan dan parlimen, tulisnya di Twitter.

Hun Sen berkata, Kemboja mengalu-alukan kehadiran mereka untuk menyaksikan proses demokrasi di negara Asia Tenggara itu.

Sebanyak 18 parti politik akan bertanding untuk 125 kerusi Dewan Rakyat dan lebih 9.7 juta orang layak mengundi.

Pada PRU lima tahun lepas, Parti Rakyat Kemboja pimpinan Hun Sen menyapu bersih kesemua 125 kerusi Dewan Rakyat. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte
Next: Taufan Khanun: Lebih 260 penerbangan dibatalkan di Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.