Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Soto jadi sandaran
  • SUKAN

Soto jadi sandaran

Utusan Sarawak 3 years ago

MAHU CIPTA KEJUTAN… Barisan pemain Sarawak United menjalani latihan sebelum turun menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru malam ini.

BENTENG pertahanan Sarawak United FC bakal diperkuatkan dengan kehadiran Gonzalo Manuel Soto dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) FC di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Soto yang berasal dari Agentina sebelum ini pernah menyarung jersi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selain menjadi buruan kelab Indonesia, Persib Bandung.

Kelibat Soto sudah pasti ditagih bagi menguatkan lagi jentera pertahan skuad Kenyang Emas terutama berhadapan dengan pasukan kuat seperti JDT.

Selain Soto, skuad kendalian B.Sathianathan memiliki empat lagi pemain import merangkumi Francis Kone, Boris Kok, Uche Agba dan Lee Chang-hoon.

Mengulas mengenai perlawanan menentang JDT, Sathianathan berkata, perlawanan seterusnya dilihat sukar kerana menentang penyandang juara liga.

Bagaimanapun beliau tetap optimis anak-anak buahnya mampu melakar kejutan dan memberi tekanan walaupun beraksi di gelanggang lawan.

“Satu perlawanan yang susah tetapi kita akan memberikan yang terbaik dan bermain dengan penuh disiplin,” katanya.

Sarawak United belum meraih sebarang mata selepas tewas kepada Kedah Darul Aman FC di gelanggang sendiri Jumaat lepas dalam aksi pertama Liga Super 2022 musim ini.

Continue Reading

Previous: Spurs mudah ‘ratah’ Everton
Next: Hatrik Lewandowski benam Salzburg

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.