Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SOP baiki jalan berlubang dalam 24 jam perlu dipatuhi negeri, perbandaran – KKR
  • NASIONAL

SOP baiki jalan berlubang dalam 24 jam perlu dipatuhi negeri, perbandaran – KKR

Utusan Sarawak 6 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) meminta agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) membaiki jalan berlubang bagi Jalan Persekutuan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

“Harapan kita supaya rakyat tidak mendapat kemudaratan sebagaimana berlaku di Johor, ada orang menyaman satu konsesi bandaran kerana kecederaan di kepala, badan, tangan dan kaki apabila motosikalnya terlanggar lubang.

“Konsesi itu diarah oleh mahkamah untuk membayar. Itu menjadi ingatan kepada kita untuk menjaga jalan di seluruh negeri dengan cepat, cermat dan tepat,” katanya ketika berucap pada Malam Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2024 di sini malam tadi.

Pada April lalu, media melaporkan seorang penunggang motosikal yang cedera akibat kemalangan ketika melalui jalan berlubang di Pasir Gudang, Johor tiga tahun lepas memperoleh ganti rugi RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggaraan jalan.

Ia selepas Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 28 Feb telah memerintahkan syarikat yang dilantik kerajaan negeri itu membayar kos berkenaan kepada Razali @ Mohd Leey Subeh, 49.

Berikutan keputusan hakim, syarikat penyelenggaraan itu dilaporkan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. – Bernama

Continue Reading

Previous: Permohonan maaf kepada rakyat Jepun, China susulan kemalangan, bukan isu papan tanda – Tiong
Next: Tambah waktu kerja, KKM jumpa kesatuan jururawat esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.