Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Songkran catat 581 kemalangan, 95 maut dalam tiga hari pertama
  • GLOBAL

Songkran catat 581 kemalangan, 95 maut dalam tiga hari pertama

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUASANA meriah dan penuh warna-warni menyelubungi Wat Macchimaprasit di sini hari ini apabila orang ramai membanjiri Pesta Songkran 2026 peringkat kebangsaan, menandakan sambutan Tahun Baharu masyarakat Siam yang sarat dengan adat dan tradisi. Lebih daripada sekadar pesta air, perayaan itu dimulakan dengan amalan penuh hormat apabila golongan muda memohon maaf serta restu daripada ibu bapa, datuk nenek dan sami sebagai simbol penyucian diri serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dan komuniti. Golongan tua kemudian dimandikan dengan air bersih dan disapukan bedak pada anggota badan sebelum dikenakan pakaian baharu, mencerminkan penghormatan tinggi serta nilai murni yang terus dipelihara dalam masyarakat Siam. Disambut setiap 13 April, Songkran merupakan warisan budaya yang menggambarkan sejarah panjang serta identiti unik masyarakat Siam di negara ini, kekal relevan dan terus diraikan dengan penuh semangat hingga kini. – Foto Bernama

BANGKOK: Thailand merekodkan 581 kemalangan jalan raya dan 95 kematian dalam tempoh tiga hari pertama (10 hingga 12 April) sepanjang sambutan Songkran, sekali gus menekankan kebimbangan keselamatan jalan raya yang berterusan semasa sambutan tahunan itu.

Timbalan Jurucakap Kerajaan, Lalida Persvivatana berkata, Kementerian Pelancongan dan Sukan, dengan kerjasama Biro Polis Pelancong serta agensi berkaitan, sedang memantau rapi aspek keselamatan sepanjang tempoh ‘Seven Dangerous Days’ Songkran 2026 bagi meningkatkan keyakinan pelancong domestik dan antarabangsa.

SUASANA meriah dan penuh warna-warni menyelubungi Wat Macchimaprasit di sini hari ini apabila orang ramai membanjiri Pesta Songkran 2026 peringkat kebangsaan, menandakan sambutan Tahun Baharu masyarakat Siam yang sarat dengan adat dan tradisi. Lebih daripada sekadar pesta air, perayaan itu dimulakan dengan amalan penuh hormat apabila golongan muda memohon maaf serta restu daripada ibu bapa, datuk nenek dan sami sebagai simbol penyucian diri serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dan komuniti. Golongan tua kemudian dimandikan dengan air bersih dan disapukan bedak pada anggota badan sebelum dikenakan pakaian baharu, mencerminkan penghormatan tinggi serta nilai murni yang terus dipelihara dalam masyarakat Siam. Disambut setiap 13 April, Songkran merupakan warisan budaya yang menggambarkan sejarah panjang serta identiti unik masyarakat Siam di negara ini, kekal relevan dan terus diraikan dengan penuh semangat hingga kini. – Foto Bernama

‘Seven Dangerous Days’ merujuk kepada tempoh kempen keselamatan jalan raya di Thailand semasa perayaan Songkran, ketika kemalangan perjalanan lazimnya meningkat.

Memetik data daripada Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, beliau berkata seramai 486 orang cedera dalam kemalangan di seluruh negara sepanjang tempoh tiga hari itu.

SUASANA meriah dan penuh warna-warni menyelubungi Wat Macchimaprasit di sini hari ini apabila orang ramai membanjiri Pesta Songkran 2026 peringkat kebangsaan, menandakan sambutan Tahun Baharu masyarakat Siam yang sarat dengan adat dan tradisi. Lebih daripada sekadar pesta air, perayaan itu dimulakan dengan amalan penuh hormat apabila golongan muda memohon maaf serta restu daripada ibu bapa, datuk nenek dan sami sebagai simbol penyucian diri serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dan komuniti. Golongan tua kemudian dimandikan dengan air bersih dan disapukan bedak pada anggota badan sebelum dikenakan pakaian baharu, mencerminkan penghormatan tinggi serta nilai murni yang terus dipelihara dalam masyarakat Siam. Disambut setiap 13 April, Songkran merupakan warisan budaya yang menggambarkan sejarah panjang serta identiti unik masyarakat Siam di negara ini, kekal relevan dan terus diraikan dengan penuh semangat hingga kini. – Foto Bernama

“Pada 12 April sahaja, pihak berkuasa merekodkan 193 kemalangan yang mengakibatkan 169 kecederaan dan 24 kematian. Secara kumulatif, dari 10 hingga 12 April, terdapat 581 kemalangan dengan 486 kecederaan dan 95 kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau menambah, tujuh pelancong asing cedera dalam kemalangan berasingan dalam tempoh sama, tanpa sebarang kematian dilaporkan.

SUASANA meriah dan penuh warna-warni menyelubungi Wat Macchimaprasit di sini hari ini apabila orang ramai membanjiri Pesta Songkran 2026 peringkat kebangsaan, menandakan sambutan Tahun Baharu masyarakat Siam yang sarat dengan adat dan tradisi. Lebih daripada sekadar pesta air, perayaan itu dimulakan dengan amalan penuh hormat apabila golongan muda memohon maaf serta restu daripada ibu bapa, datuk nenek dan sami sebagai simbol penyucian diri serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dan komuniti. Golongan tua kemudian dimandikan dengan air bersih dan disapukan bedak pada anggota badan sebelum dikenakan pakaian baharu, mencerminkan penghormatan tinggi serta nilai murni yang terus dipelihara dalam masyarakat Siam. Disambut setiap 13 April, Songkran merupakan warisan budaya yang menggambarkan sejarah panjang serta identiti unik masyarakat Siam di negara ini, kekal relevan dan terus diraikan dengan penuh semangat hingga kini. – Foto Bernama

Lalida berkata, Kementerian Pelancongan dan Sukan terus memperkukuh langkah keselamatan di kawasan tumpuan pelancong selain menyelaras rapat dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan perayaan berjalan lancar.

“Kerajaan menggesa orang ramai dan pelancong supaya memandu secara bertanggungjawab serta mematuhi prinsip ‘jangan minum dan memandu’ bagi memastikan sambutan Songkran tahun ini kekal selamat dan menyeronokkan untuk semua,” katanya.

Pelancong yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Bantuan Pelancong (TAC) di seluruh negara atau talian Polis Pelancong di 1155 yang beroperasi 24 jam.

Kemuncak sambutan Songkran adalah pada 13 hingga 15 April. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Semeru meletus dua kali, aliran piroklastik menjangkau tiga kilometer
Next: Gempa bumi 5.7 magnitud landa Nevada AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.