Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokong Kuching sebagai ‘Creative City of Gastronomy’
  • TEMPATAN

Sokong Kuching sebagai ‘Creative City of Gastronomy’

Utusan Sarawak 4 years ago
PERBINCANGAN… Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) bersama Datuk Amar Jaul Samion (kiri) dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (kanan) menghadiri perbincangan yang dibuat baru-baru ini.

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) komited untuk menyokong dan membantu pencalonan bandar raya Kuching, Sarawak sebagai Creative City of Gastronomy di peringkat ASEAN dan UNESCO.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, hasrat Malaysia untuk mencalonkan Kuching, Sarawak sebagai salah satu bandar raya kreatif merupakan usaha yang pragmatik dan akan memberi impak positif terhadap pembangunan sosioekonomi tempatan.

Katanya, ia juga akan meningkatkan visibility dan imej positif kepada Malaysia dan Sarawak khususnya di persada antarabangsa.

“Di peringkat serantau, ASEAN mendokong usaha UNESCO untuk mewujudkan jaringan bandar kreatif di rantau ini dan menyokong penuh hasrat negara-negara ASEAN untuk menyertai jaringan bandar kreatif tersebut.

“Perkara ini selaras dengan visi ASEAN 2025 untuk mewujudkan komuniti ASEAN yang lebih sejahtera serta berdaya saing pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, dengan kepelbagaian menu warisan dan hidangan berasaskan etnik menjadikan bandar raya Kuching pilihan utama untuk diangkat sebagai bandar raya kreatif kategori gastronomi.

“Kekayaan biodiversitinya yang menjadi pelbagai tumbuhan herba yang boleh dijadikan sebagai sumber makanan yang dapat memberi nilai tambah kepada bandaraya ini untuk diangkat mewakili Malaysia.

“Dengan adanya status bandar raya kreatif ini, bandar raya Kuching juga akan bersama-sama menyertai 11 lagi bandar kreatif yang telah wujud di peringkat ASEAN, di bawah jaringan ASEAN Creative City Network (ACCN).

“Inisiatif pencalonan bandar raya Kuching sebagai Creative City of Gastronomy tersebut akan menjadi salah satu tarikan produk pelancongan budaya yang sekali gus akan merancakkan lagi ekonomi dan Industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia,” jelasnya.

Terdapat tujuh kategori utama bandar kreatif yang telah digariskan oleh UNESCO iaitu ilmu dan kesusasteraan, filem, muzik, rekabentuk, kraf dan seni tradisional, gastronomi dan seni media.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: 539 WARGA EMAS DIVAKSIN
Next: 984 terima zakat daripada Len Talif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.