Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokong kerajaan sedia ada
  • TEMPATAN

Sokong kerajaan sedia ada

Utusan Sarawak 5 years ago

????????????????????????????????????

PENGHARGAAN… Mohamad Sahrizan Putit menyampaikan cenderamata kepada Dato Gerawat Gala.

MARUDI: Perpaduan merupakan satu komponen sangat penting dalam membangunkan masyarakat di sesuatu tempat.

Pegawai Kanan Jabatan Penerangan Mohamad Sahrizan Putit berkata seandainya berlaku perpecahan sukar untuk kita melaksanakan apa jua agenda kerajaan.

“Kalau kerajaan di negeri lain dan kerajaan pusat lain memang menyukarkan untuk kita melaksanakan pembangunan,” katanya.

Beliau berharap rakyat harus bersatu padu dalam menyokong kerajaan sedia ada untuk melaksanakan apa jua agenda untuk kemasyarakatan demi kemajuan kawasan kita.

Tegasnya, itu adalah satu penentu hala tuju negara kita dalam kestabilan kerajaan untuk mencapai satu jaminan kepada pembangunan negara.

Katanya, kalau kerajaan tidak stabil dan berpecah belah, beliau yakin pembangunan yang dilancarkan tidak akan dapat dilaksanakan.

“Maka itu, kita sama-sama terus memberi sokongan kepada apa jua usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis program Merdeka @ Komuniti yang dirasmikan Timbalan Speakar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu Dato Gerawat Gala di Dewan Suarah Baram semalam.

Kita harus bersyukur kerana mempunyai kerajaan yang betul-betul komited dalam melaksanakan usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 di Negara ini.

“Saya mengucapakan tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana tanpa bantuan kita semua adalah mustahil untuk kerajaan memutuskan jaringan Covid-19 terebut.

Jadi kita memainkan peranan yang penting dalam membantu dalam menjayakan usaha kerajaan untuk menangani penularan Covid-19, ujarnya.

 “Walaupun belum lagi tamat memerangi wabak ini tetapi kita berharap Covid-19 dapat diputuskan tidak lama lagi, dan kita terus memegang teguh prosedur operasi standard( SOP ) yang telah ditetapkan kerajaan dan saya yakin kita akan bebas daripada Pandemik Covid-19 ini,” tambah Sahrizan.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Jana pendapatan melalui khidmat gunting rambut
Next: 1,687 layak terima Bantuan Khas Ibu Tunggal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.