Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokong GPS di DUN Balingian – Hanifah
  • TEMPATAN

Sokong GPS di DUN Balingian – Hanifah

Utusan Sarawak 3 years ago
RASMILAH SUDAH… Dato Hanifah Hajar Taib dan Abdul Yakub Arbi disambut penduduk setiba mereka di Rumah Augustine Muling.

BALINGIAN: Penduduk setempat diminta untuk terus menyokong Gabungan Parti  Sarawak (GPS) demi untuk kesinambungan pembangunan di kawasan Dewan Undang Negeri (DUN) Balingian.

Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Dato Hanifah Hajar Taib, sokongan yang padu terhadap GPS adalah demi kestabilan politik kawasan dan negeri, amnya.

“Pilihlah GPS untuk mengukuhkan autonomi kerajaan dan kestabilan politik. Bagi kawasan ini, pilihlah calon GPS kita yang sememangnya sudah berkerja kuat, Abdul Yakub Arbi. Sokongan ini  bukan hanya untuk kestabilan politik dan  juga secara tidak langsung memudahkan segala perancangan pembangunan kawasan N.58 Balingian, dan Sarawak, amnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Augustine Muling di  Simpang Temesu  dekat sini pada Ahad lalu.

Hanifah,  yang juga merupakan Ahli Parlimen Mukah  turut merasmikan rumah panjang  tersebut yang pernah terlibat dalam kebakaran pada tahun 2017.

Difahamkan pada minggu lepas,  Pusat Khidmat Maysarakat P.213 Mukah juga telah menyumbang dana RM15,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Augustine.

Turut kelihatan bersama Hanifah pada program tersebut ialah Abdul Yakub dan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Faridah Osman.

Mereka  mengharapkan penduduk setempat akan turun beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari Sabtu nanti.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Razaili ikrar teruskan agenda pembangunan Beting Maro
Next: Pembangunan bersinergi di Bukit Saban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.